Jurulatih pecut paralimpik negara, Hamberi Mahat, meletakkan sandaran kepada Ammar Aiman Nor Azmi, dalam acara 400m T20 untuk membutirkan pingat dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia yang bakal berlangsung di Jepun, bermula Jumaat ini.
Jelasnya, Ammar dilihat memiliki kebolehan untuk mencipta kejutan berdasarkan prestasi semasa yang ditampilkan pada beberapa siri kejohanan sebelum ini.
Kem negara sudah pun tiba di Jepun dua hari lalu selepas menjalani persiapan rapi di Dubai dan Maghribi.
"Mereka mempunyai kualiti yang bagus kerana rata-rata atlet yang dibawa merupakan antara ranking 10 terbaik dunia.
"Bagi saya, sudah semestinya saya mengharapkan sesuatu daripada Ammar dalam acara pecut selain turut mendoakan kejutan berlaku daripada atlet yang lain," kata Hamberi.

Kejohanan 15th Fazza Dubai Grand Prix 2024
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) February 14, 2024
Tahniah!!!
Muhammad Ammar Aiman merangkul pingat perak dalam acara Men's 400m (T20) #DemiMalaysia #AllianzMalaysia pic.twitter.com/Vn8l16V0ny