Pelari muda negara, Azeem Fahmi, terus mencipta sensasi di pentas Kejohanan Olahraga Dunia B20 di Cali, Colombia, selepas melakar rekod kebangsaan 200 meter bagi kategori bawah 20 tahun, sebentar tadi.
Selepas memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan masa 10.09 saat tempoh hari dan menamatkan aksi final di tempat kelima, atlet berusia 18 tahun itu sekali lagi turun dalam aksi 200m.
Bermula di lorong lapan, berbekalkan catatan peribadi terbaik 20.89s, Azeem memulakan larian dengan baik, menuju garisan penamat, langkah atlet itu semakin baik dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 20.83s.
Ia sekaligus menjadi rekod kebangsaan acara 200m yang terbaru bagi kategori bawah 20 tahun.
Kemenangan tersebut membawa Azeem ke pentas separuh akhir esok.