Minggu ketiga Netball Super League (NSL) 2025 menyaksikan pertembungan pasukan dua tercorot liga yang memihak kepada Selangor Angels 74-17 di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Kebangkitan sensasi anak buah Nurhayatianim Rahman untuk mempamer kebangkitan selepas mencatatkan kekalahan minggu lalu jelas menjadi tonik berharga untuk mengubah kedudukan terkini.
Dan percaturan mempertaruh gandingan Elissa Hannah dan Sirima Samnaree di bahagian atas membuahkan hasil menerusi penguasaan 18 mata tanpa balas.
Negeri Sembilan Venom menemui mata pertama mereka ketika aksi suku pertama berbaki kurang lagi lima minit sebelum tamat, namun kelebihan kekal milik Angels.
Permainan berat sebelah itu tampak menjadi gelanggang latihan buat Angels yang berjaya mencuri mata kemenangan, sekali gus keputusan positif kedua selepas lima aksi.