NSL
NSL: Restu ibu semarak semangat Aina Sofiya
Pemain Negeri Sembilan Venom, Aina Sofiya Ahmad Sabri, terbuka hati untuk mewarnai Netball Super League (NSL) musim ini atas restu ibu tercinta.
Dia pernah dilamar sebuah pasukan musim lalu tetapi terpaksa tolak tawaran berikutan kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan.
Mengimbau semula situasi itu, Aina Sofiya nampak cukup tersentuh.
Iklan
Namun, berkat pengorbanan mengetepikan minatnya demi berbakti kepada keluarga membawa kepada perubahan positif kesihatan ibunya yang kini sudah mampu berjalan seperti biasa.
"Rezeki itu luas dan emak selalu pesan supaya sabar.
"Saya tanamkan dalam diri bahawa jaga emak itu satu keberkatan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Justeru, bekas tonggak remaja kebangsaan Selangor oti berharap kelibatnya mampu membantu Negeri Sembilan Venom musim ini.
"Saya bakal bergandingan dengan bekas rakan sepasukan di peringkat remaja dan kami mampu berkomunikasi dengan baik," katanya lagi.
Must-Watch Video