Pendahulu Netball Super League (NSL), Putrajaya Dynamites, berada dalam landasan terbaik apabila memulakan dua perlawanan awal dengan langkah kanan dalam minggu pertama kejohanan tersebut yang berlangsung hujung minggu lalu.
Menurut ketua jurulatihnya, Puah Pei San, pasukannya mempamerkan persembahan meyakinkan di samping menonjolkan permulaan positif berdepan dua gergasi bola jaring wanita negara, Terengganu Marvels dan Selangor Angels.
Ulasnya, Dynamites menepati jangkaan, namun terkejut dengan prestasi anak buah yang semakin meningkat.
"Apa yang kami terapkan dalam pasukan adalah fokus satu perkara dalam satu masa kerana itu yang paling penting.
"Saya sangat berpuas hati dengan percaturan taktikal yang dilakukan oleh mereka.
"Saya boleh katakan bahawa musim ini kami lebih bersedia, namun kami perlu menumpukan perhatian satu perlawanan kepada satu perlawanan," katanya menerusi segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
Saingan NSL akan kembali minggu ini yang akan bermula Jumaat hingga Ahad di Stadium Juara, Bukit Kiara.