Skip to main content

Bola Jaring

NSL: KL Wildcats tepati ramalan atasi Pahang Tulips

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-wildcats-pahang-tulips-nsl.jpg
KL wildcats menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menewaskan Pahang Tulips 63-36 dalam perlawanan Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Naib juara musim lalu, Wildcats, jelas berada di kelas tersendiri apabila mendahului 17-5 pada penghujung suku pertama sebelum melebarkan kelebihan itu kepada 37-14 menjelang separuh masa.

Tulips cuba memberikan reaksi dalam suku ketiga dengan aksi yang lebih tersusun tetapi ia masih belum dapat menggugat keampuhan Wildcats, yang menamatkan suku berkenaan dengan mendahului 49-25.

Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan ketiga Wildcats daripada empat perlawanan tetapi Tulips masih gagal meraih sebarang mata setakat ini.

Wildcats seterusnya akan menghadapi Perak Phoenix manakala Tulips pula akan bertemu Putrajaya Dynamites bagi aksi kelima di venue sama esok.
 

Advertisement

Must Watch Video