Skip to main content

Bola Jaring

NSL: KL Wildcats mara ke final benam Johor Jewels

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsl_1.jpg
Kuala Lumpur (KL) Wildcats mencipta sensasi selepas menyingkirkan juara bertahan, Johor Jewels, 44-32 untuk mara ke pentas akhir Netball Super League (NSL) 2025  di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Johor meletakkan Intan Balqis (GS), Pow Mei Foong (WA), Adri Kannemeyer (GA), Fariha Razak (C), Ayu Izrin (GD), Syafazliyana Ali (WD) dan Gayani Dissanayake (GK).

Manakala, Chng Li Li mempertaruhkan Nassanga Shadiah (GS), J.Leisharaani (WA), Solieha Alieya (GA), Aqidah Ramlan (C), S. Pavitrah (GD), Adalia Jasmine (WD), Nakitto Christine (GK).

Suku pertama menyaksikan aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan yang tidak mahu ketinggalan dengan jurang mata yang besar dan berakhir dengan KL mendahului 12-10.






Masuk suku kedua pula menyaksikan kerja keras Nassanga Shadiah membuahkan hasil dalam usahanya yang sering mengutip bola sekali gus membantu KL menutup babak kedua dengan kelebihan sembilan jaringan, 25-16.

Usaha merapatkan jurang mata yang dilakuakan anak buah Tracey Robinson serba tidak menjadi dengan pertahanan yang dilakukan KL membuahkan hasil untuk menutup babak ketiga dengan 35-24.

Momentum itu diteruskan KL untuk menewaskan Johor 44-32 sekali gus mara ke pentas akhir dengan bakal membuat perhitungan berdepan Putrajaya Dynamites esok.

Johor Jewels pula akan menentang Perak Phoenix daalm saingan penentuan tempat ketiga dan keempat.

 

Advertisement

Must Watch Video