Kehadiran dua pemain import dari benua Afrika dilihat akan membawa dimensi baru buat Putrajaya Dynamites menjelang saingan Netball Super League awal bulan depan.
Jurulatih Dynamites, Puah Pei San, berkata kelebihan fizikal yang dimiliki Muhluri Hlatshwayo dan Fatimah Dino mampu meningkatkan kekuatan dan ketepatan hantaran pasukannya dalam menguasai permainan.
"Sudah pasti mereka akan dipertaruhkan untuk memberikan kekuatan kepada Dynamites musim ini," kata Pei San kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Dengan kekuatan pemain tempatan yang saya ada, kedua-dua mereka pasti akan memberikan nilai tambah kepada pasukan kami.
"Kekuatan mereka ialah mereka amat lincah dan pantas, mereka kerap berada di kedudukan yang benar-benar tepat.
"Setakat ini, mereka melakukannya dengan amat baik," katanya.