Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2025: Terengganu Marvels peroleh kemenangan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marvels.jpg
Perak Phoenix yang meraih kemenangan pertama berdepan Pahang Tulips semalam pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan selepas aksi minggu pertama yang tidak menyebelahi dengan tewas dua perlawanan.

Berdepan Terengganu Marvels yang dibimbing Farhana Mustafa juga bukan mudah kerana Marvels pasti mahu bangkit selepas ditundukkan Johor Jewels semalam.

Segalanya berjalan lancar dengan Phoenix memimpin perlawanan di suku pertama dengan 10-9 menerusi GS, Khairunnisa Nazri yang tidak mensiakan-siakan peluang.

Sebelum gandingan Matila Vocea, Idha Syahmi dan Izyan Syazan pula tidak henti-henti menghasilkan mata demi mata untuk Marvels cukup garang mendahului 23-16 di suku kedua.

Pengendali Phoenix, Fairul Fauziema cuba menyuntik semangat anak buahnya dan tampak berhasil di hujung suku ketiga sebelum momentum itu terus dilanjutkan ke suku terakhir apabila jurang mata semakin dekat.

Marvels ternyata ampuh bertahan dan keputusan 45-38 memberikan skuad dari Pantai Timur itu meraih kemenenagan kedua dalam kempen kali ini.

Advertisement

Must Watch Video