NSL

NSL 2025: Semangat juang tinggi pacu kebangkitan Perak Phoenix atasi Selangor Angels

Stadium Astro
Saufi Tahir
09/02/2025
10:44 MYT
Sponsor Banner
NSL 2025: Semangat juang tinggi pacu kebangkitan Perak Phoenix atasi Selangor Angels
Perak Phoenix bangkit menewaskan Selangor Angels dalam saingan minggu kedua Netball Super League (NSL) 2025 di Stadium Juara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Selangor Angels mempertaruhkan skuad terbaiknya dibarisi Ellisa Hannah (GS), Sirima Samnaree (GA), Aminah Ahmad (WS), Adila Azman (C), Firra Syuhada (WD), Noramirah Dayana (GD) dan Mikaela Minns (GK).
Manakala, Fairul Fauziema pula meletakkan Khairunnisa Nazri (GS), Batamuliza Mercy (GA), Aisyah Yahaya (WA) Nabilatul Suhaiba (C), Eska Syafinie (GD), Insyirah Rashidi (WD) dan Nanfuka Stella (GK).
Perak ketinggalan dalam suku pertama dan kedua apabila mereka ditinggalkan dengan jurang lima mata untuk kedudukan 15-20.
Begitupun, mereka mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan Selangor 37-30.
Perak kini berada di kedudukan keempat dengan enam mata selepas meraih dua kemenangan dan tiga kali tewas dalam aingan minggu kedua hari ini.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Putrajaya Dynamites meneruskan momentum kemenangan untuk merampas takhta saingan liga daripada Johor Jewel selepas menewaskan Negeri Sembilan Venom 84-40.
Jumlah 84 jaringan yang dikutip anak buah anak buah Puah Pei San itu merupakan jumlah gol paling tinggi buat saingan NSL 2025 edisi kali ini.
Putrajaya kini telah mengumpul 12 mata selepas empat perlawanan dengan melakar empat kemenangan tanpa sebarang kekalahan ketika ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video