NSL

NSL 2025: Putrajaya Dynamites meledak! Bukti Johor Jewels mampu diatasi

Stadium Astro
Ammar Hakim
08/02/2025
13:14 MYT
Sponsor Banner
NSL 2025: Putrajaya Dynamites meledak! Bukti Johor Jewels mampu diatasi
Putrajaya berjaya mencipta kejayaan yang mustahil apabila menewaskan Johor Jewels dalam saingan Netball Super League (NSL) 2025 sebentar tadi.
Pertembungan dua pasukan yang masih belum tewas musim ini antara Johor Jewels dan Putrajaya Dynamites -- aksi yang ditunggu-tunggu di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Memang cukup mendebarkan sejak mula dengan pengendali Dynamites, Puah Pei San, berjaya mengikut rentak Jewels apabila mengutip mata demi mata sepanjang suku pertama.
Kedudukan 11-11 terikat selepas tamat suku pertama, menyaksikan Jewels bakal berdepan lawan yang cukup mencabar bagi perlawanan kali ini.
Apabila kedua-dua pasukan terus mempamerkan permainan yang cukup agresif dalam corak serangan, Dynamites menghadirkan permainan terbaik dengan usaha untuk mengejar mata sebelum berjaya menamatkan separuh masa pertama berkelebihan dua mata, 24-22.
Segalanya serba tidak menjadi buat Jewels ditambah dengan kecederaan dialami GS, An Najwa Azizan, membenarkan Dynamites mendahului suku ketiga dengan keputusan 40-30.
Kelebihan 10 mata itu digunakan sebagai momentum untuk Dynamites memastikan perlawanan menjadi milik mereka, terus mempamerkan aksi cemerlang sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 58-36.
Sementara satu lagi pasukan yang turun ke minggu kedua dengan rekod kemenangan seratus peratus - KL Wildcats berdepan Selangor Angels.
Ini merupakan perlawanan ke-14 yang cukup seimbang pada permulaan permainan juara 2021 ini mendahului 11-7 pada suku pertama.
Wild Cats yang dibimbing Chng Li Li terus mempertaruh kepercayaan kepada Solieha Alieya dan bintang import, Nassanga Shadiah dalam mengutip mata-mata penting untuk kekal memimpin suku kedua 17-16.
Angels yang juga rekod pencapaian terbaik di tempat ketiga pada edisi 2021 dan 2022, kali ini dikendali Hayatianim Rahman, tidak memberikan laluan mudah apabila Ellisa Hannah dan Sirima Samnaree menyempurnakan peluang yang dimiliki dalam menghasilkan jaringan.
Tempo permainan cukup pantas buat angels yang sentiasa mengejar, sehinggalah konsistensi GS Wildcats, Nassanga di suku keempat sukar dinafikan untuk kekalkan rekod unbeaten musim ini tidak tercalar selepas perlawanan ketiga dengan kemenangan 43-34.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video