Pahang Tulips melakar kemenangan pertama dalam saingan minggu kedua Netball Super League (NSL) 2025 selepas menewaskan Negeri Sembilan Venom 80-42 di Stadium Juara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Negeri Sembilan Venom dibarisi Arirak Ampharat (GS), Zetty Atira (WA), Sarah Husna (GA), Athirah Batrisya (C), Siti Nur (GD), M. Susmitha (WD) dan Aqilah Izzati (GK).
Manakala, Hamsana Shamin pula mempertaruhkan Thishala Tharani (GS), Nurirdina Sumaya (GA), Nurain Humaira' (WA), Fara Shafira (C), Liyaara Malmi (GD), Fatin Ellysya (WD) dan Shandralelka (GK) perkuat Pahang Tulips.
Pahang Tulips mendominasi dalam suku pertama dan suku kedua untuk menutup perlawanan dengan keputusan mendahului 44-18, malah ketajaman Thishala menjadi mimpi ngeri buat anak buah Fatimah salleh.
Masuk suku ketiga pula menyaksikan gandingan Nurirdina Sumaya-Nuraina Raziani pula menjadi duri dalam daging buat Negeri Sembilan untuk terus mendahului 59-29.
Kemasukan Thishala Tharani dalam suku keempat kembal terus menghukum Negeri Sembilan yang terus bergelut untuk merapatkan jurang sekali gus terpaksa akur tewas 42-80.
Keputusan itu memberikan tiga mata berharga buat Pahang, manakala Negeri Sembilan tanpa sebarang mata di kedudukan tercorot.