Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2025: Johor Jewels menang bergaya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor-jewels.jpg
Aura sang juara terus tersemat dalam Johor Jewels menerusi kemenangan bergaya ke atas Negeri Sembilan Venom dalam saingan Netball Super League 2025.

Pertembungan di Stadium Juara, Bukit Kiara menyaksikan Jewels memperoleh kemenangan kedua susulan kejayaan mengatasi Perak Phoenix semalam.

Pengendali pasukan, Tracey robinson, membuat beberapa pertukaran dengan menggantikan posisi pemain senior seperti Pow Fei Foong dan An Najwa Azizan dengan kudrat barisan muda dan ternyata posisi GS yang diisi Puteri Intan Balqis tidak mengecewakan.

Jewels cukup garang dengan memperolehi jurang 20 mata hasil kelebihan 30 berbalas 10 menuju suku ketiga.

Dominasi srikandi Jewels terus memukau menerusi gandingan Balqis dan Adri Kannemeyer sehingga membuatkan barisan pertahanan Venom terus lesu.

Sebelum Tracey membuat keputusan merehatkan semua pemain senior dan memberi ruang buat pemain muda Jewels untuk menyambung konsistensi positif pasukan untuk akhirnya Jewels menang aksi kedua liga hasil keputusan 64-27.

 

Advertisement

Must Watch Video