Skip to main content

Sukan Lain

NSAM beri layanan istimewa buat Johnathan, Alia Sazana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alia-sazana.jpg
Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mengesahkan "layanan 'istimewa" akan diberikan kepada penembak elit negara, Johnathan Wong dan Alia Sazana Azhari, bagi mencapai matlamat mencipta penampilan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Johnathan dan Alia Sazana diletakkan sebagai sandaran utama skuad menembak bagi melayakkan diri ke temasya itu berdasarkan prestasi semasa dan pencapaian mereka.

Bagi memenuhi impian itu, NSAM akan memberikan sepenuh komitmen terhadap dua penembak itu membabitkan latihan dan penyertaan pertandingan di luar negara.

Alia Sazana selaku pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu diberikan peluang untuk berlatih bersama-sama jurulatih peribadinya di Kuantan, Pahang, selepas tidak memiliki jurulatih tetap.

 "Dalam mesyuarat, saya mencadangkan agar bukan Alia sahaja menjalani latihan di tempat-tempat lain tetapi atlet lain juga.

"Jika kita hanya berlatih di satu tempat sahaja, ia akan menjadi bosan.

"Jadi, pertukaran tempat latihan itu mungkin efektif juga," kata Ahli Jawatankuasa NSAM, Datuk Musa Omar.

Walaupun belum ada sebarang ketetapan mengenai latihan di luar negara, NSAM tetap menyuarakan keyakinan bahawa Johnathan dan Alia mampu melayakkan diri ke Tokyo.

Ia bersandarkan kepada perancangan menghantar atlet berkenaan ke beberapa kejohanan kelayakan bermula dengan Piala Dunia di Munich, Jerman, 23 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video