Skip to main content

Sukan Lain

NCAA: Azeem Fahmi bantu Universiti Auburn muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Azeem Fahmi membantu Universiti Auburn muncul pemenang pingat emas acara 4x100 meter dalam Kejohanan NCAA di Oregon, Amerika Syarikat, sebentar tadi. 

Kuartet yang dibarisi Azeem bersama Kanysola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba mencatakan kedua terpantas 38.38 saat menjelang perlumbaan akhir.

Bermula di lorong keenam, Azeem yang menjadi pelari pertama Auburn pantas keluar dari blok pelepasan sebelum kemenangan mereka disempurnakan oleh Charamba dengan catatan masa 38.03s.
 

Kemenangan ini bakal menjadi penyuntik semangat Azeem yang bakal beraksi di Terbuka Malaysia di Kuantan bermula 14 hingga 16 Jun.

Dia berharap untuk layak ke Sukan Olimpik Paris secara merit.
 

Advertisement

Must Watch Video