Portland Trail Blazers telah mendedahkan CJ McCollum mengalami masalah paru-paru ketika kekalahan kepada Boston Celtics hujung minggu lalu.
McCollum mengalami kecederaan pada suku terakhir ketika tewas 145-117 di tangan Celtics Sabtu lalu.
Pemain itu turut terlepas kekalahan102-90 kepada Los Angeles Clippers pada Isnin dan imbasan mendedahkan tahap kerosakan yang dialami pemain tersebut.
Portland menyatakan bahawa McCollum, yang secara purata meraih 20.5 mata, 4.1 rebound dan 4.5 assist musim ini, bakal diketepikan sehingga penghujung musim.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Damian Lillard (kecederaan abdominal), Anfernee Simons dan Nassir Little (kedua-dua buku lali) yang turut telah diketepikan sebelum ini.
Portland turut kehilangan khidmat Ben McLemore ekoran kecederaan pinggul ketika tewas kepada Clippers.