NBA
NBA: Persaraan tiada dalam perancangan James
MVP NBA empat kali, LeBron James, menolak perbincangan mengenai persaraannya selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan Los Angeles Lakers semalam.
The Lakers mengatasi Houston Rockets 132-123 dengan James menamatkan perlawanan dengan 32 points, 11 rebound dan 11 assist sementara Russell Westbrook memperoleh 24 mata, 12 rebound dan 10 assist.
The Lakers bergelut tanpa Anthony Davis mengalami kecederaan MCL ketika tewas 110-92 kepada Minnesota Timberwolves.
Iklan
James, yang kini mencecah 37 tahun tahun, mengakui penurunan pretasi Lakers dalam ketiadaan Davis namun tidak memiliki sebarang perancangan untuk bersara.
"Saya ada memikirkan tentang persaraan, namun saya juga berasakan mampu beraksi di tahap yang tinggi ketika ini. Saya telah melewati 19 musim dan tidak akan terus bersaing 19 musim lagi," katanya.
"Kita akan melihat sejauh mana tahap fizikal serta mentaliti saya dapat membantu. Selagi saya masih lagi mampu beraksi, saya mahu bermain.
"Saya telah meletakkan komitmen yang tinggi untuk kekal di tahap terbaik dan apabila tiba waktunya, saya akan berpuas hati."
Must-Watch Video