NBA mengubah protokol kesihatan dan keselamatan mereka, di mana pemain yang diuji positif COVID-19 kini dapat kembali beraksi selepas menjalani pengasingan selama enam hari.
Perubahan itu menyaksikan tempoh pengasingan yang sebelum ini selama 10 hari dipendekkan kepada enam hari melibatkan pemain yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan memenuhi standard ujian lain.
Setiap kelab telah diberikan memo daripada liga itu semalam, serentak dengan pengumuman Pusat Kawalan dan Pencegehan Penyakit negara itu yang memendekkan tempoh pengasingan rakyat Amerika Syarikat daripada 10 hari kepada lima hari.
Kes coronavirus dalam NBA melonjak tinggi biarpun 97 peratus pemain telah divaksin.
Dianggarkan seramai 120 pemain NBA telah menjalani protokol COVID-19 itu dengan pemain seperti Giannis Antetokounmpo, James Harden, Kevin Durant dan Jayson Tatum antara yang terbaru diletakkan dalam pengasingan.