Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Jimmy Butler terseliuh buku lali ketika Miami tewaskan Detroit

jimmy-butler.jpg
Jimmy Butler sekali lagi terseliuh buku lali ketika Miami Heat menewaskan Detroit Piston 105-98 dalam perlawanan NBA hari ini.

Max Strus masuk dari bangku pemain dan menjaringkan 16 mata dalam suku keempat yang memastikan kemenangan Heat pada ketika Butler terlepas keseluruhan separuh masa kedua.

All-Star berusia 32 tahun itu mengalami siri kecederaan sepanjang musim ini dan kecederaan terbaru itu merupakan yang ketujuh buatnya di buku lali sejak 2020.

Heat seterusnya akan berdepan Oklahoma City Thunder pada Jumaat ini tetapi masih belum ada seberang diagnosis mengenai kecederaan Butler.
 

Advertisement

Must Watch Video