Stephen Curry terpaksa direhatkan dalam separuh masa kedua perlawanan NBA di antara Golden State Warriors dan Boston Caltics hari ini gara-gara kecederaan kaki kiri.
Berbaki hanya empat minit dalam suku kedua, Curry dan guard Celtics, Marcus Smart, terlibat dalam satu perebutan bola, di mana Smart kemudian terjatuh menimpa kaki Curry sehingga ia terseliuh.
Warriors mengesahkan bahawa Curry tidak dapat diturunkan dalam separuh masa kedua perlawanan itu kerana mengalami kesakitan di kaki kirinya.
Sebelum insiden itu, Curry telah menyumbangkan tiga mata, satu rebound dan dua bantuan buat Warriors.
Ketiadaan MVP dua kali itu jelas menjejaskan aksi Warriors sehingga tewas 88-110 kepada Celtics dalam perlawanan itu.

Stephen Curry (left foot soreness) will not return to tonight’s game.
— Warriors PR (@WarriorsPR) March 17, 2022