Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Booker watak utama Suns kekal rentak kemenangan

booker.png
SUNS 140 NUGGETS 130

Devin Booker cemerlang memungut 49 mata sementara Chris Paul kembali daripada patah pergelangan tangan untuk membantu Phoenix Suns merampas puncak Persidangan Barat dengan kemenangan 140-130 ke atas Denver Nuggets, sebentar tadi. 


Ia merupakan pungut mata tertinggi Booker musim ini tatkala Paul yang berusia 36 tahun kembali buat kali pertama sejak 20 Februari lalu dengan 17 mata, termasuk 15 mata dalam separuh masa pertama selain 13 bantuan jaringan untuk Suns memperoleh kemenangan keenam berturut-turut.

Pemain All-Star tiga kali, Booker, menyempurnakan 16 daripada 25 percubaannya selain menghasilkan 10 bantuan jaringan, Mikal Bridges pula menyumbang 22 mata selepas menghadiahkan mata menerusi lapan daripada sembilan percubaannya. 
 
Kemenangan itu bermakna Suns melakar rentak terbaik dalam NBA buat kali ketiga selepas melakukannya pada musim 1992-93 dan 2004-05.

Pemain Paing Bernilai (MVP), Nikola Jokic, menjana 28 mata dengan enam rebound dan enam bantuan jaringan buat Nuggets untuk kekal di kedudukan keenam. 

   

Advertisement

Must Watch Video