Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Aksi cemerlang James gagal bantu Lakers atasi Grizzlies

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lebron-james_.png
The Los Angeles Lakers sekali lagi tewas 108-95 kepada Memphis Grizzlies di sebalik aksi cemerlang ditampilkan LeBron James. 

James menamatkan saingan dengan 20 mata dengan 10 rebound dan 11 assist, menjadikan triple-double buat kali ke-100 sepanjang kariernya, namun Lakers gagal menghalang Grizzlies, yang masih tanpa Ja Morant.

Jaren Jackson Jr meraih 25 mata buat Memphis, sementara Desmond Bane menamatkan saingan dengan 23 mata termasuk lima lontaran tiga mata.

Anthony Davis mendahului carta penjaring dengan 22 mata buat Lakers sementara Russell Westbrook bergelut mencetus impak selepas menamatkan saingan dengan sembilan mata, enam rebound dan tujuh assist.

Keputusan itu menyaksikan Lakers kini dengan rekod 13-13 sementara Grizzlies 15-11.
 

Advertisement

Must Watch Video