BOLING
Natasha pasang azam tempa lebih banyak kejayaan
Natasha Roslan menjadikan kejayaan merangkul pingat emas dalam Piala Dunia Boling Tenpin di Hong Kong malam tadi sebagai motivasi untuk melahirkan versi terbaiknya.
Natasha dalam kelas tersendiri ketika mengenepikan wakil Jerman, Birgit Noreiks, menerusi kemenangan 217-166 dan 226-169 dalam aksi penentuan gelaran wanita itu.
"Sejujurnya semuanya kelihatan tidak menentu bagi saya.
Iklan
"Untuk mencipta sejarah muncul sebagai wanita Malaysia pertama yang memenangi Piala Dunia adalah sangat menggembirakan.
"Saya percaya bahawa ada lebih banyak (lagi potensi) dalam diri saya, saya mahu menang lebih banyak demi negara.
"Proses saya (jalani) ialah saya tahu bahawa sentiasa ada sesuatu yang boleh saya perbaiki.
"Pemikiran ini membuatkan saya terus berjuang jadi saya tidak pernah berpuas hati tetapi semuanya terasa seperti mimpi dan saya gembira kerana segala kerja keras saya membuahkan hasil," katanya.
Must-Watch Video