Siapa yang tidak mengenali pemain bola jaring kebangsaan di posisi goal shooter (GS), An Najwa Azizan, yang terkenal dengan ‘sharp shooting’ dan aura yang diberikan setiap kali beraksi di atas gelanggang.
Tetapi baru- baru ini, atlet berusia 28 tahun itu mengejutkan ramai pengikutnya apabila membuat satu hantaran di laman media sosial mengenai sukan baharu yang diceburi iaitu ragbi!
Bukan sahaja bermain secara suka-suka, tetapi juga menyertai pasukan Cobra Venom menyaksikan dia membantu pasukan menjulang kejuaraan berganda dalam edisi sulung Kejohanan Liga Ragbi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) 2025 Division Wanita selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dengan ketinggian 180cm yang dimiliki dan susuk tubuh yang sasa, ramai yang tidak terkejut melihatnya beraksi di padang ragbi. Malah, komuniti ragbi juga menyambut baik kedatangannya ke dalam sukan itu dan antara komen yang diberikan juga seperti ingin melihat lebih banyak wajah An Najwa bermain ragbi.
Tetapi persoalannya, jika diberi pilihan untuk menyertai skuad Bunga Raya dalam edisi Sukan Sea Thailand 2025, adakah An Najwa akan memilih sukan kegemaran barunya itu atau tetap memilih cinta hati pertamanya bersama pasukan bola jaring yang turut dalam persiapan ke acara dwitahunan itu.
Pastinya satu pilihan yang bakal mengegar dunia bola jaring dan ragbi di Malaysia jika dia benar-benar beralih arah.