Skip to main content

Sukan Lain

Nafiizwan akui pemergian Genever beri tamparan

nafiizwan-adnan.jpg
Perseorangan lelaki nombor satu skuasy negara, Nafiizwan Adnan, tidak berselindung di sebalik berasa terkesan dengan pemergian bekas ketua jurulatih negara, Peter Genever, tatkala dia menyasarkan gelaran juara Asia tahun ini.

Nafiizwan mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Genever yang bertanggungjawab menjadikannya dan bintang muda seperti Ng Eain Yow sebagai penerus legasi kepada Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.

Ketika ini, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menjadikan jurulatih dari Pakistan, Ajaz Azmat, yang popular dalam kalangan pemain kebangsaan sebagai pengganti sementara kepada Genever.

"Saya tidak tahu macam mana nak jelaskan impak perubahan pertukaran jurulatih. 

"Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Ajaz kerana tugas yang akan digalasnya semakin besar, dia akan berdepan lebih banyak kerenah dan tekanan," katanya.  

Dalam pada itu, Nafiizwan mengesahkan perancangan untuk berehat dalam tempoh dua bulan pertama 2019.

Dia merancang untuk kembali ke gelanggang kompetitif dengan sasaran untuk mengungguli Kejohanan Individu Asia di Kuala Lumpur, Mei depan. 

"Kami akan mengharungi beberapa kejohanan tahun ini menjelang akhir musim ini dengan kejohanan terakhir adalah Kejohanan Individu Asia.

"Saya akan cuba sedaya upaya memenanginya," tambahnya. 



 

Advertisement

Must Watch Video