Skip to main content

Tenis

Nadal mara ke final Terbuka AS

9917rafaelnadal.jpg
Rafael Nadal mempamerkan persembahan yang cemerlang ketika menewaskan Juan Martin del Potro untuk mara ke final Terbuka Amerika Syarikat.

Juara 2009, Del Potro, dilihat sebagai pemain pilihan selepas mengejutkan pemenang grand slam 19 kali, Roger Federer, dalam suku akhir di Flushing Meadows.

Tetapi aksi cemerlangnya terhenti apabila tewas 4-6, 6-0, 6-3, 6-2 kepada juara dua kali di New York itu sebentar tadi.

Del Potro – yang bergelut dengan masalah kesihatan ketika berdepan Federer dan Dominic Thiem – dlilihat mampu mara ke final berdepan Kevin Anderson, bagaimanapun terpaksa akur dengan kebolehan yang dimiliki oleh Nadal.

Nadal kini berpeluang untuk meraih kejuaraan grand slam yang ke-16 - mendekatkan jarak dirinya dengan Federer dengan tiga gelaran grand slam.

"Saya hanya cuba memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Keyakinan dalam kebolehan yang saya miliki memberikan kekuatan kepada saya," katanya.

Berdepan Anderson, Nadal memuji pemain pilihan ke-28 itu setelah memberikan usaha serta dedikasi untuk mempamerkan aksi cemerlang dan mara ke final Terbuka AS.

"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit. Anderson pemain yang mampu melakukan servis yang laju. Kami telah bermain sejak berusia 12 tahun, saya sangat berbangga dapat berdepannya dalam final."

Advertisement

Must Watch Video