Bintang tenis dunia, Andy Murray, mahu bersara selepas Kejohanan Wimbledon musim ini, namun bekas pemain nombor satu dunia itu belum pasti untuk kekal bersaing dalam Terbuka Australia ekoran kesakitan pada pinggulnya.
Murray menitiskan air mata di Melbourne Park pagi tadi ketika naib juara lima kali Terbuka Australia itu mendedahkan kejohanan grand slam pertama itu mungkin menjadi yang terakhir buatnya.
Pemain berusia 31 tahun itu -- dengan tiga kejuaraan utama -- dijadualkan bertemu Roberto Bautista Agut dalam pusingan pertama Isnin ini.
Dia hanya mampu beraksi dalam 12 perlawanan selepas menjalani pembedahan pinggul awal tahun lalu.
Dalam keadaan penuh beremosi, Murray memberitahu wartawan: "Ia masih belum pulih, saya bergelut untuk tempoh yang lama.
"Saya tidak pasti dapat melawan kesakitan ini untuk tempoh lima bulan mendatang.
"Saya telah melakukan segalanya untuk mengatasi masalah ini, namun tidak berjaya.
"Kejohanan ini (Terbuka Australia) mungkin menjadi kejohanan terakhir saya."
Murray yang turut bergelut dalam perlawanan latihan dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, semalam menambah: "Saya boleh beraksi dalam keadaan terbatas, namun beraksi dalam kesakitan menyekat kegembiraan saya dalam sukan ini.
"Saya mahu bersara selepas Wimbledon, namun saya tidak pasti sama ada mampu untuk melakukannya," tambahnya.