Skip to main content

Sukan Lain

Mun Yee utamakan karier sebagai atlet

leong-mun-yee-230917.jpg
Penerjun negara, Leong Mun Yee, menamatkan pengajian selama 10 tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana muda komunikasi dan bercadang untuk fokus terhadap sukan, tahun depan.
 

Mun Yee adalah antara atlet yang paling lama terikat dengan pelajaran.
 
Dia terpaksa menangguhkan pengajian beberapa kali di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun tidak pernah menyesal mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan segulung ijazah.
 
“Saya tidak kisah sangat mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pengajian, janji habis. 

"Lagipun, saya lebih mengutamakan bidang sukan.

"Cuma kalau diikutkan, agak lambat juga kerana rakan-rakan lain seperti Diana Bong (atlet wushu) sudah belajar di peringkat yang lebih tinggi,” katanyaii.
 
Mun Yee bercadang untuk melanjutkan pelajarannya tetapi pada masa sama, perlu membuat membuat perancangan terbaik bagi memenuhi jadual kariernya sebagai atlet. 

"Terlebih dahulu, saya perlu melihat program latihan untuk tahun hadapan. 

"Peringkat sarjana tidak seperti sarjana muda kerana tidak boleh kerap ditangguhkan. 

"Setakat ini, saya masih memberi keutamaan kepada bidang sukan."

Terdahulu, Mun Yee menerima RM2,000 di majlis insentif Kementerian Pengajian Tinggi hasil satu emas Sukan SEA.

Advertisement

Must Watch Video