Majlis Sukan Negara (MSN) masih menagih sentuhan dua beregu negara dalam menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun mereka sudah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
MSN masih lagi yakin bahawa pemain yang meninggalkan BAM masih lagi berpeluang untuk menabur bakti buat negara bagi menghadapi Olimpik 2020.
Nama seperti Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dilihat mampu untuk meneruskan persembahan dalam saingan Olimpik Rio 2016 menjelang temasya Tokyo 2020.
Dalam situasi itu, MSN akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja bersama BAM di Bukit Jalil, Isnin depan, bagi melihat bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pemain-pemain negara walaupun telah meninggalkan badan induk itu.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Nadi Arena jam 5:30 petang dan 7:30 malam ini.