SUKAN LAIN
MSBF terpaksa tangguh penganjuran Kejohanan Kebangsaan
Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF), Melvin Chia, terpaksa menangguhkan Kejohanan Kebangsaan Snuker dan Billiard yang sepatutnya diadakan Julai depan kerana dana bantuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak mencukupi.
MOM hanya menyediakan RM30,000 untuk ahli gabungan yang berdepan masalah dana untuk persiapan ke Sukan SEA Filipina, November depan.
Jumlah itu terlalu kecil untuk menggerakkan program latihan dan kejohanan hingga memaksa Melvin mencari penaja tambahan.
Iklan
Jika langkah itu tidak berjaya, maka beberapa program, termasuk Kejohanan Kebangsaan, Julai depan terpaksa ditangguhkan kerana dana yang diperuntukkan akan digunakan untuk menghantar atlet ke Sukan SEA.
"Apabila kami turun ke kategori B, sukan ini perlu mencari penajaan sendiri dan dana yang diberikan MOM akan diperuntukkan untuk atlet yang bakal beraksi dalam Sukan SEA," kata Melvin.
"Kami berkemungkinan besar akan menangguhkan penganjuran Kejohanan Kebangsaan kerana perlu mendapatkan penajaan untuk saingan tersebut," jelasnya.
Masalah dana juga memaksa bekas pemenang pingat emas Sukan SEA, Moh Keen Hoo, merancang berhijrah ke China hujung bulan ini.
Dia tidak mendapat elaun latihan sejak 2017.
Must-Watch Video