Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: SRG.OG ada sebab kukuh tolak sertai kelayakan WEC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg
Persekutuan E-sukan Malaysia (MESF) telah mengesahkan dalam sosial media miliknya pasukan nombor satu negara dalam Mobile Legend iaitu SRG.OG tidak akan menyertai World Esport Championship (WEC).

Langkah itu demi SRG yang ingin fokus sepenuhnya kepada kempen MPLMY 2025 yang bermula Sabtu depan. 

"Pasukan SRG telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan menyertai World Esport Championship (WEC) pada tahun ini.


 



"Kami menghormati keputusan ini dan mengucapkan selamat maju jaya kepada SRG dalam hala tuju dan komitmen mereka untuk musim ini.

"Terima kasih atas sokongan berterusan SRG dalam pembangunan ekosistem esport negara.

Bagi pemilihan wakil Malaysia ke WEC, MESF mengumumkam pusingan kelayakan peringkat antarabangsa -- melibatkan Team Vamos, Homebois, DX Soul dan Todak -- akan berlangsung esok. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video