Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: SRG cemerlang tempah slot awal ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg
Selangor Red Giants (SRG) menempah slot awal ke saingan separuh akhir di peringkat kalah mati selepas menewaskan King Empire (KGE) dengan kemenangan bersih 3-0 di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.

Anak buah jurulatih Arcadia Bocado membuka tirai Perlawanan 1 dengan memilih Hero Moskov, Mathilda, Fredrinn, Paquito dan Aurora berbanding KGE yang menggunakan Yu Zhong, Baxia, Claude, Vexana dan Tigreal di dalam sesi pemilihan draf.

Perlawanan 1 menyaksikan aksi yang sengit tetapi SRG yang lebih berdisiplin mudah mematahkan serangan KGE untuk memastikan mata pertama milik mereka dalam tempoh perlawanan hampir 15 minit.

Innocent dipilih sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam Perlawanan 1 dengan 7 membunuh, sifar kematian dan lima bantuan membunuh. 




Begitupun, SRG dilihat bijak mengawal pergerakan Smooth yang menggunakan Yu Zhong untuk memastikan hero itu tidak berbahaya buat pasukan dari Lembah Klang itu.

Dalam Perlawanan 2 pula KGE cuba memberikan aksi kebangkitan dengan mempertaruhkan Moskov, Edith, Barats, Terizla dan Nana
berbanding Fredrinn, Mathilda, Valentina, Thamuz dan Natan.

SRG hanya memerlukan 12 minit untuk mengutip mata kedua dengan Natan yang digunakan Innocent jelas terlalu agresif dan menyukarkan KGE untuk mencuri mata pertama dengan Innocent yang menggunakan Natan sekali lagi dipilih sebagai MVP.

Perlawanan 3 pula menyaksikan KGE berjaya melakar kejutan dengan Novaria menjadi duri dalam daging, malah jumlah Damage pasukan itu yang tinggi juga memastikan mereka mengutip mata pertama untuk menjadikan kedudukan 1-3.

Tetapi SRG berjaya mendapatkan rentak kembali untuk meraih mata kemenangan 3-1 menewaskan KGE dengan Innocent melakar hatrik (MVP) untuk terus membawa cabaran di peringkat separuh akhir.

SRG bakal berdepan cabaran sama ada Homebois ataupun RSG di pusingan separuh akhir nanti. 

Advertisement

Must Watch Video