MPL MY
MPLMY S13: Monster Vicious raih kemenangan pertama, Barracuda terus berputih mata
Pasukan Barracuda Esports terus berputih mata untuk mencari kemenangan pertama mereka dalam saingan MPLMY minggu pertama selepas tewas 0-2 kepada Monster Vicious yang dilihat lebih dahaga untuk mencari kemenangan pertama mereka, sebentar tadi.
Selepas pasukan MV tewas kepada pasukan RSG MY semalam, mereka turun dalam hari ketiga minggu pertama ini dengan aksi lebih meyakinkan untuk Perlawanan 1 bagi meraih kemenangan dengan pencurian Lord oleh Fakez.
Dalam Perlawanan 2 pula MV tidak menunggu lama memilih untuk ban Novaria memandangkan Hero itu merupakan satu kelebihan jika dimiliki oleh Barracuda.
Iklan
Dengan konsisten mencuri Turtle pada awal permainan jelas meningkatkan Damage pasukan itu yang mempunyai Ruby, Fredrinn, Vexena, Natan dan Banedetta yang cemerlang, Roughhh dipilih sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam keseluruhan perlawanan.
MV kini berada pada kedudukan ketiga dengan empat mata berbanding Barracuda di kedudukan kelapan dengan berjaya mengumpul satu mata sahaja. Dalam minggu kedua nanti MV bakal berdepan pasukan Homebois pada hari pertama.
Must-Watch Video