MPL MY terus mencipta legasi tersendiri selepas mencatatkan rekod baru tontonan perlawanan pembukaan hari pertama dengan jumlah penonton yang hadir melebihi 1200 bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium MBSJ Serdang Jaya, minggu lalu.

Perlawanan pembukaan musim ke 13 itu menyaksikan Homebois berdepan Selangor Red Giants (RSG) dengan jumlah kehadiran paling tinggi menjadikan jumlah keseluruhan yang hadir sepanjang minggu pertama sebanyak 3500 penonton.




Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan daripada komuniti MPLMY yang datang membanjiri untuk memberikan sokongan, stadium itu akan dinaiktaraf pada masa akan datang justeru lokasi tersebut akan terus kekal menjadi tuan rumah bagi acara paling berprestij seperti MPLMY di masa akan datang

Jangan lupa saksikan saingan minggu kedua MPLMY secara langsung di Astro Arena 2 HD saluran 802 dan datang beramai-ramai ke Stadium MBSJ pada Jumaat ini.