Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: Homebois cemerlang runtuhkan empayar KGE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

homeis.jpg
Cabaran kalah mati MPLMY S13 diteruskan pada hari ketiga dengan Homebois meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas menewaskan King Empire Esport (KGE) 3-1 di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.

Perlawanan 1 menyaksikan Homebois seakan tewas dalam awal perlawanan tetapi tekanan yang diberikan dengan menekan serta momentum menyerang yang agresif memastikan mata pertama milik mereka dengan Chibi menjadi Most Valuable Player (MVP) dengan KDA 4/1/7.

Aksi berlangsung dengan sengit dalam Perlawanan 2 apabila KGE dilihat mendominasi sepenuhnya dengan 16-9 tetapi dalam satu serangan di minit terakhir dengan batuan Lord memastikan Homebois berkelebihan dua mata dihadapan pasukan lawan.

Kelebihan menjadi kelemahan kerana percaturan KGE serba tidak kena dalam perlawanan itu dengan Nets dipilih menjadi MVP dengan KDA 4/1/3 menggunakan Hero Marksman, Karrie.

Walaupun bermain penuh tekanan, anak buah jurulatih Kaizan berjaya mencuri satu mata dengan aksi kebangkitan selepas menewaskan Homebois untuk membuka peluang ke peringkat seterusnya dengan X Win menjadi MVP dengan jumlah KDA 1/3/12.

Perlawanan 4 berakhir pada minit ke-17 selepas Lord berjaya dicuri oleh Homebois dengan penggunaan meta yang unik sekaligus menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1 dengan Xorn dipilih sebagai MVP dengan KDA 2/5/22.

Homebois bakal berdepan saingan RSG Esport dengan misi membalas dendam dalam pusingan seterusnya dengan Selangor Red Giants (SRG) menanti di peringkat Grand Final.

Advertisement

Must Watch Video