Minggu pertama, hari kedua, perlawanan pertama Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 menyaksikan Homebois tampil garang delepas bejaya menundukkan Aero Esport dengan keputusan 2-0.
Homebois yang membawa masuk dua pemain import baru dari negara jiran, Indonesia, iaitu Ivan dan Vell, serta satu pemain baru di bahagian Gold Laner, Melqt, nampak berhasil dalam perlawanan pertama.
Pada pusingan pertama, Homebois tiada masalah untuk meraih mata pertama dalam tempoh hampir 15 minit perlawanan selepas gerakan agresif yang berisiko tinggi membuahkan hasil untuk menang 11 berbalas tiga.
Pada pusingan kedua, Aero cuba bangkit tetapi momentum kemenangan yang diteruskan Homebois menoktahkan perlawanan pertama, hari kedua, dengan kemenangan bersih dan mendapatkan tiga mata penuh.
Pemain Exp Laner Homebois, Vell dipilih sebagai Most Valuable Player Of The Match (MVP) selepas menjadi watak penting dalam pembawakan hero Hilda dan Cici untuk meraih kemenangan buat Homebois.