Skip to main content

E-Sukan

MPLMY bakal jadi 'Franchised League'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mplmy.jpg
Pembaharuan buat musim baharu Liga Profesional Mobile Legend Malaysia (MPLMY) apabila bakal mengikut jejak langkah negara jiran iaitu MPLID dan MPLPH dalam menukar liga menjadi 'liga francais'.

Ketua E-Sukan Malaysia, Mohd Fikri Rizal, menyifatkan ia langkah proaktif dalam perkembangan lagi MPLMY menjadi ekosistem E-Sukan yang lebih dekat kepada peminat.

Ia juga salah satu usaha meningkatkan lagi taraf MPLMY, setara dengan MPLID dan juga MPLPH.

"Kita mahu seperti MPLID dan MPLPH yang sudah menjadi francais, kita juga menyediakan segalanya kepada semua pasukan yang bertanding.

"Saya rasa ini adalah yang terbaik buat liga kita," katanya

Dalam pada itu, pembaharuan musim baru ini juga menyaksikan peminat bakal dikenakan bayaran RM10 untuk setiap perlawanan yang ingin ditonton di venue berbanding kemasukan percuma sebelum ini.

Ia merupakan usaha untuk menambah pendapatan liga itu sendiri, sekali gus pertingkatkan kualiti liga pada masa akan datang.

"Musim ini akan dikenakan bayaran untuk setiap perlawanan. Ini untuk memastikan e-sukan Malaysia terus berkembang dan meningkatkan lagi kualiti Liga MPL pada masa akan datang," katanya lagi.


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video