MPFL

MPFL: Selangor beroleh manfaat perguruan di Thailand

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
07/04/2025
11:49 MYT
Sponsor Banner
MPFL: Selangor beroleh manfaat perguruan di Thailand
Memandangkan Liga Futsal Perdana Malaysia (MLFL) berehat panjang dan hanya akan kembali pada 19 April, pasukan gergasi tanah air, Selangor, mengambil kesempatan ini untuk berguru di Thailand dalam misi menjulang kejuaraan musim ini.
Selangor memperagakan prestasi konsisten dalam Piala Imane Unity tanpa sebarang kekalahan untuk muncul naib juara edisi kali ini.
Gergasi merah meraih dua keputusan seri menentang Thammasat Stallion dan Blackpearl United tatkala kemenangan sulung ketika menumbangkan Shenzhen Nanling.
"Kami hampir muncul juara sebelum perlawanan terakhir.
"Kami mencapai beberapa keputusan yang memberansangkan.
"Saya mahu memenangi setiap perlawanan dan kejohana jadi muncul sebagai naib juara merupakan satu pencapaian yang hebat," katanya di Nadi Arena.
Menambah keterujaan barisan kejurulatihan, pemain lebih mahir menguasai permainan sambil cemerlang dalam aspek 'power play'.
"Saya sangat bangga selepas kami muncul naib juara dalam satu kejohanan yang sangat bermutu tinggi.
"Saya kira kami sempat menghasilkan tujuh jaringan daripada gerakan power play tapi kejohanan ini bukan sekadar itu sahaja.
"Kami mahu mengimbangi permainan dalam aspek bertahan selain mengukuhkan kekuatan mental.
"Beberapa pemain baru pula juga beraksi dengan cemerlang tetapi bukan mudah untuk berikan peluang sama rata buat setiap pemain.
"Namun, apabila berkesempatan kami perlu menikmatinya dan saya gembira dengan pencapaian di Thailand," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video