Skip to main content

Futsal

MPFL: Pahang Rangers muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpfl.jpg
Pahang Rangers memastikan kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) apabila mengatasi Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan merekodkan kemenangan secara agregat 9-6 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang sebentar tadi.

JDT turun lebih agresif kerana mengejar perbezaan agregat susulan tewas 7-4 dalam aksi pertama.

Tuan rumah berjaya mendahului 1-0 menerusi Saad Sani pada minit ketiga sebelum menggandakan jaringan sembilan minit kemudian hasil percubaan Awalluddin Mat Nawi. 

Pahang Rangers mendapat talian hayat dengan berbaki empat minit di babak pertama, apabila kekasaran oleh pemain JDT memaksa pengadil menghadiahkan penalti.

Sergio Jamur tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-16 sebelum menyamakan kedudukan dalam perlawanan ini tiga minit kemudian.

Babak kedua menyaksikan JDT sekali lagi turun mengejar perlawanan dan hasilnya, mereka mendahului 3-2 selepas 10 minit menerusi Danial Dain.

Namun dengan aggregat masih memihak Pahang 9-6, JDT kesuntukan masa dan akhirnya selepas tiga kali percubaan di pentas final, Pahang Rangers dinobat selaku juara MPFL 2023 buat pertama kali.

Advertisement

Must Watch Video