MPFL
MPFL: Melaka buru dua kemenangan terakhir
MELAKA 3 PDRM 0
Melaka tiada masalah untuk menepati ramalan di atas kertas apabila menewaskan PDRM 3-0 dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Wanita, hari ini.
Barisan kendalian Jamhuri Zainuddin itu mempamerkan aksi memukau di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam, untuk mengatasi pihak lawan walaupun agak kepenatan dengan jadual padat.
Iklan
Dua jaringan daripada Nur Syafiqah Zainal Abidin dan Intan Sarah Anisah Zulgafli melengkapkan kemenangan Melaka bagi menguasai tangga kedua.
Enam pemain dari Melaka turut berada dalam senarai panjang untuk skuad Sukan SEA Hanoi yang bermula 12-23 Mei depan.
"Saya masih menaruh harapan kepada kedua-dua pemain ini (Nur Syafiqah dan Intan Sarah), saya harap mereka bebas kecederaan.
"Mereka tonggak pasukan dan mesti main dalam dua perlawanan terakhir.
"Dengan ramai pemain dipanggil untuk skuad kebangsaan, ia merupakan satu kelebihan dan tidak boleh pandang mudah kepada pasukan lain pasukan seperti Selangor MBSJ juga memiliki ramai pemain kebangsaan," katanya yang perlu memsiapkan pasukan bagi menghadapi KL Prefer-Cyberlynx, Selasa depan.
Keputusan lain:
Selangor MBSJ 12 Kuala Lumpur 0
Sabah 3 KL Prefer-Cyberlynx 4
Carta Kedudukan CUCKOO MPFL 2022 (Wanita)* Selepas Hari Perlawanan 8 pada Ahad, 20 Mac 2022 #FAM #HarimauMalaya #Futsal #CUCKOOMPFL2022 pic.twitter.com/2accX9VV78ā FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2022
Must-Watch Video