MPFL

MPFL: JDT tumbangkan Selangor di laman sendiri

Stadium Astro
Saufi Tahir
15/03/2025
15:24 MYT
Sponsor Banner
MPFL: JDT tumbangkan Selangor di laman sendiri
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menghadiahkan Selangor kekalahan pertama 3-0 dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini di Shah Alam, sebentar tadi.
Jaringan pertama JDT hadir menerusi Awalluddin Mat Nawi apabila gerakannya mengelirukan untuk menghukum penjaga gawang Selangor sekali gus memberikan pasukan pelawat kelebihan satu jaringan.
Namun, selang dua minit kemudian Awalluddin sekali lagi menghukum benteng pertahanan The Red Giants apabila penjaga gol Selangor melakukan kesilapan untuk JDT selesa mendahului 2-0 dalam babak pertama.
Skuad kendalian Edgar Eder Balsaddo beraksi lebih agresif dalam babak kedua tetapi sukar menoktahkan dengan jaringan untuk merapatkan jurang jaringan dengan kecekapan Azrul Hadee kerap menafikan setiap percubaan.
Begitupun, tekanan yang dilakukan JDT akhirnya membuahkan hasil untuk Aizad Nasir melengkapkan kemenangan 3-0 buat anak buah Miguel Garcia.
Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kem Harimau Selatan pulang dengan tiga mata dari Shah Alam sekali gus berada di puncak liga dengan enam mata daripada dua perlawanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video