MPFL

MPFL: Gergasi Merah sudah mula tunjuk taring

Stadium Astro
Adli Aidy
09/03/2025
10:35 MYT
Sponsor Banner
MPFL: Gergasi Merah sudah mula tunjuk taring
Selangor membawa bekalan tiga mata penting di dalam aksi pembukaan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini selepas menundukkan Kedah semalam.
Gergasi Merah turun beraksi dengan menyajikan ramuan baru daripada Ketua Jurulatihnya, Edgar Baldasso, berjaya mencatat keputusan 5-1 sekali gus menjadi petanda amaran awal mereka tekad untuk beraksi sebagai pencabar yang perlu digeruni pasukan lain pada musim ini.
"Gembira meraih kemenangan di aksi pembukaan namum masih banyak perkara yang perlu diperbaiki pasukan, hari demi hari, perlawanan demi perlawanan, pasukan tekad perbaiki prestasi," kata Edgar Baldasso.
Dalam kejayaan Selangor di aksi pembukaan, turut mencuri perhatian dimensi berbeza ditampilkan menerusi pemain import dari Brazil, Vitor Fernando dan bintang muda Gergasi Merah, Syahir Iqbal Khan.
Bagaimanapun, Baldasso tegas mengingatkan anak buahnya untuk tidak terlalu selesa dengan kemenangan pertama musim ini kerana menjangkakan cabaran yang lebih besar menanti di dalam aksi yang akan datang iaitu bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Anak buah mula memahami perlawanan dan cabaran bertemu pemain dan cara permainan yang beza di dalam Liga ini," hujah Baldasso ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.
Perlawanan seterusnya dijadualkan berlangsung pada 15 Mac di mana Selangor akan bertemu JDT manakala Kedah bakal menentang Sabah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video