Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marc Marquez bergelar juara dunia kali ketujuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marquez.jpg
Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez, bergelar juara dunia kali ketujuh selepas mengesahkan status juara keseluruhan Kelas Perdana MotoGP 2025 dengan menamatkan perlumbaan Grand Prix Jepun di tempat kedua sebentar tadi.

Dalam saingan di Litar Motegi itu, Marquez memilih untuk berlumba secara selamat untuk mengekori kelompok depan yang diketuai rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.

Bagaimanapun, melewati enam pusingan terakhir, Marquez mula melakukan pecutan terbaiknya untuk memastikan kedudukan kedua sejurus Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Dengan menghimpunkan 541 mata, Marquez tidak lagi dapat dipintas pencabar terdekat, iaitu adiknya, Alex Marquez (340 mata), walaupun masih berbaki lima pusingan musim ini.

Ia merupakan kejuaraan dunia pertama Marquez sejak kali terakhir meraihnya pada 2019.
 

Advertisement

Must Watch Video