"Perlu mencapai KPI walaupun slot wildcard sah milik Hakim Danish"
Demikian penegasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, menegaskan pelumba muda negara, Hakim Danish perlu untuk sekurang- kurangnya mencapai kedudukan tiga terbaik sepanjang perlumbaan tahun ini.
Perkara ini adalah bagi membolehkan dirinya diletakkan mengisi slot wildcard Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan.
Dia turut menjelaskan tiada jalan pintas bagi mana-mana pelumba untuk mengisi slot tersebut tanpa mempamerkan keupayaan dan keputusan membanggakan pada kejohanan disertai.
"Tempat untuk Hakim sudah ada, saya berharap tahun ini dia perlu kekalkan momentumnya, kita Bersama doa dia melakukan yang terbaik tahun ini.
"Untuk wildcard MotoGP Malaysia tahun ini, kami akan cuba masukkan dia sebagai wildcard," katanya.
Sementara itu, Azhan turut mengiktiraf program bermutu yang dilaksanakan Zulfahmi Khairuddin menerusi ZK Racing yang dilihat berjaya melahirkan pelumba versatile seperti Qabil Irfan yang melakukan kejutan apabila muncul juara berganda pada perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Jerez.
Dia ketika ditemui di Majlis perasmian kerjasama dua hala antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Aeon Credit Service Berhad di Exchange 106, TRX, hari ini.
"Saya berharap dia dapat kekalkan momentum, kami dia beraksi dengan baik tahun ini. Tahun lepas buat pertama kali dia masuk ke ESBK, Saya rasa dia sudah tahu selok belok perlumbaan.
"Perkara itu penting sebagai pelumba, saya lihat dia sudah matang. InsyaAllah dibawah ZK Racing, saya minta dia tengok-tengokkan. Menang dan kalah itu adat, jika tewas perlu perbaiki." tambahnya.