MOTOGP
MotoGP: Habib pastikan komponen jentera dalam keadaan terbaik
Mekanik Aprilia Trackhouse MotoGP, Habibtullah Fuad, menegaskan komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam sukan permotoran adalah secara holistik.
Dia menjelaskan dengan perkembangan semasa, cip elektronik yang sesuai perlu dinilai semula dengan kemampuan pelumba menunggang sesebuah jentera.
"Kami kena pastikan motosikal sempurna. Kami perlu pastikan tiada kesilapan terhadap mana-mana komponen walaupun sekecil mana pun.
Iklan
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2025/02-feb/4/habibtullah-fuad.jpg)
"Semua komponan adalah penting," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA (Automotif), Marcus Leong, menyifatkan mereka sentiasa memastikan bahagian utama jentera menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam perlumbaan MotoGP.
Antara barangan tersebut termasuk produk titanium, clutch dan perkakas utama yang bertindak sebagai perisai kelancaran sesebuah perlumbaan.
"Setiap bahagian pasukan ini saling bekerjasama dengan erat.
"Selalunya kami akan melakukan perubahan dan menukar kebanyakkan komponen motosikal dan memastikan ia sesuai.
"Kami mengusahakan banyak lagi komponen dan ada yang tidak boleh didedahkan," katanya lagi.
Must-Watch Video