Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Ducati terlepas plat nombor 1!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ducati.jpg
Ducati nampaknya tidak akan menggunakan plat nombor 1 pada musim baharu MotoGP 2025 walaupun pengeluar itu muncul juara dalam kempan musim lalu selepas bekas pelumbanya, Jorge Martin, muncul selaku juara dunia.

Ini susulan Martin yang kini menyertai Aprilia bagi musim 2025 membuat keputusan bakal menggunakan nombor itu bersama jenteranya menjelang pembukaan tirai rasmi MotoGP musim ini.

 



Pengesahan yang dibuat oleh Martin itu sekaligus menamatkan segala teki-teki mengenai status nombor berkenaan sebelum ini samada beliau akan menggunakanya ataupun tidak.

Bagaimanapun pasukan Ducati dilaporkan tidak ambil peduli dan kisah berkenaan status tersebut kerana beranggapan ia tidak akan memberi sebarang kesan untuk persiapan mereka bagi menghadapi pusingan perlumbaan dalam kempen 2025 nanti.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video