Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan untuk terus mengiktiraf Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai salah sebuah persatuan di bawah naungan mereka.
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan mereka tidak akan membuat sebarang keputusan terburu-buru untuk menyingkirkan ahli mereka di sebalik Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) mengiktiraf Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC).
Difahamkan MSC juga sudah pun menghantar permohonan rasmi untuk bernaung di bawah induk itu tetapi ia memerlukan proses penilaian yang panjang sebelum membuat sebarang ketetapan.
Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah sesebuah persatuan itu memerlukan sekurang-kurangnya tujuh ahli gabungan dengan PSM memiliki 14 sementara MSC terdiri daripada enam persatuan.
"Kami perlu melihat daripada segi urus setia, kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.
"Kami bersikap komprehensif kerana ia sudah terbukti dan dilaksanakan bertahun-tahun. Ini kerana separuh daripada (ahli gabungan) yang tidak memenuhi kriteria akan tinggal sebagai (pihak) bersekutu.
"Proses (penubuhan) mereka (MSC) baru bermula dan kami perlu melihat perkara-perkara ini.
"Sebab itu tadi kami minta apa sahaja keputusan yang dibuat PJS tidak haruslah tergesa-gesa," kata Norza selepas Mesyuarat Jawatankuasa MOM di ibu negara, hari ini.
Dalam masa sama, PJS menerusi Ibrahim Yusof menegaskan PSM tetap sah berdaftar di bawah mereka tetapi tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti sepak takraw antarabangsa serta urus tadbir skuad kebangsaan selain hanya terhad kepada aktiviti di peringkat tempatan sahaja.
"PSM boleh buat dibuat aktiviti di Malaysia sahaja tapi tidak di peringkat antarabangsa sebab mereka bukan lagi ahli gabungan.
"Dekat sinilah ada sedikit isunya," kata PJS.