Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, memberi amaran kepada lima persatuan sukan kebangsaan dengan menyatakan mereka tidak akan dapat menghantar atlet menyertai Sukan SEA Filipina, November depan, jika gagal melunaskan hutang yang mencecah RM300,000.
MOM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap persatuan yang enggan melunaskan janji mereka.
Sebanyak RM300,000 masih belum dibayar kepada MOM bagi membiayai kos penyertaan atlet kategori B dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu.
Kategori itu memperuntukkan persatuan menghantar atlet menyertai temasya itu menggunakan dana persatuan dan jika berjaya meraih pingat, MOM akan membayar semula perbelanjaan mereka.
Namun, dalam kes ini, kebanyakan persatuan meminjam duit MOM.
"Pembayaran yang akan mereka buat itu melalui proses-proses sebelum mereka mengantar atlet menyertai kejohanan.
"Namun, kini persatuan perlu membayar kembali wang yang dipinjam sejurus selepas kejohanan berakhir.
"Kami akan mengadakan proses baru dengan syarat yang lebih ketat," katanya.
Terdahulu, Panel Bebas Pemilihan Atlet Sukan Bertemasya bersidang di Wisma MOM hari ini bagi menentukan kelayakan atlet ke Sukan SEA Filipina.
Had kelayakan dijangka akan diumumkan esok.
"Kami sudah memuktamadkan keputusan yang telah kami bentangkan kepada presiden dan setiasusaha agung MOM.
"Selepas berbincang, ia adalah keputusan yang akan mereka bentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MOM esok untuk mengumumkannya secara rasmi," kata pengerusi panel itu, Tan Sri Dr M. Jegathesan.