E-SUKAN
MLBB: Program pencarian bakat baru SRG di Shah Alam meriah
Pengasas bersama Selangor Red Giants (SRG), Simon Lim, menyatakan usaha mengadakan kejohanan di peringkat sekolah merupakan langkah terbaik bagi mencungkil bakat baru Mobile Legends Bang Bang (MLBB) untuk diserap ke dalam skuad utama pada masa hadapan.
"Kejohanan seperti ini sangat diperlukan untuk pencarian bakat baru di peringkat akar umbi yang boleh dibina sampai ke tahap profesional," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Kolej Vokasional Klang menewaskan Setia Alam 1-0 sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hamzah mengetepikan cabaran SMK Bandar Utama Damansara 2 -- juga dengan keputusan 1-0 di peringkat kumpulan.
Iklan
"Kami cuba elakkan perbalahan dalam pasukan. Kami fokus objektif (perjuangan kami), kata gold Laner Kolej Vokasional Klang, Wan Mohamad Naszrul Adriel Wan Mohamad Nasle.
Tambah roamer SMK Dato Hamzah, Muhammad Amyrol Safwan Eddy: "Mungkin didorang perlawanan pertama jadi kami tidak begitu tertekan. Dengan kehadiran penyokong di sini, ia menambah semangat kami.
"Kejohanan seperti ini mampu melahirkan orang-orang hebat yang boleh membanggakan Malaysia pada masa akan datang."
Penglibatan pelajar daripada SMK Assunta turut menghadirkan seri dengan penglibatan penuh wanita dalam perebutan Selangor Future Cup.
"Ini kali pertama kami berpeluang wakili sekolah.
"Kami mahu mengutip terlebih dahulu sambil berharap dapat melangkah jauh lagi pada masa akan datang," kata jungler SMK Assunta, Nur Amira Clery.
Must-Watch Video