Skip to main content

E-Sukan

MLBB: Musim ke-11 perkenal format baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpl-mlbb.jpg
Musim ke-11 Liga Professional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia tampil berwajah baru dan bakal menghadirkan cabaran tersendiri dalam perebutan mahkota kejuaraan antara 10 pasukan bertanding.

Penganjur, Liga Profesional Malaysia (MPL), menganggap idea dan konsep bertemakan '#Revoluxi' ini bukan saja melibatkan pasukan bertanding, malah perubahan format pertandingan turut diperkenalkan untuk menawarkan cabaran berbeza dalam mengejar hadiah utama USD100,000 (RM437,140).




Saingan yang bakal membuka tirai bulan depan itu turut menawarkan slot kepada juara dalam Kejohanan Asia Tenggara.

"Sepadan dengan tema #Revoluxi, MPL akan diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

"Musim ini semua pasukan digabungkan dalam satu kumpul berbanding dua sebelum ini," kata Ketua Perniagaan dan Pemasaran MPL, Fikri Rizal Mahruddin.
 

Advertisement

Must Watch Video